Said Anuar - Pemuda UMNO Gombak disaran agar segera rapatkan barisan dan kembali bersatu sebagai satu keluarga .
Khamis - 11/04/2002 , Saudara Said Anuar selaku Ketua Pegerakan Pemuda UMNO Gombak hari ini meminta agar pemuda UMNO Gombak kembali bersatu sebagai sebuah keluarga dan mengenepikan segala bentuk sentimen negatif yang mungkin timbul kesan pemilihan bahagian yang lepas .
" Kita tidak mampu lagi berpecah , ini adalah kerana pepecahan akan hanya melemahkan pergerakan Pemuda UMNO Gombak itu sendiri dan apabila kita lemah agenda perjuangan pemuda UMNO itu sendiri akan gagal " .
" Keberkesanan pergerakan pemuda umno Gombak didalam menyelesaikan sebarang masalah secara konsep kekeluargaan sudah pasti dapat menaikkan martabat pemuda UMNO Gombak dan seterusnya di fokuskan tenaga tersebut kearah menaikkan taraf kehidupan masyarakat setempat" .
Menurut beliau lagi Pemuda harus bersatu demi kekuatan UMNO di Gombak . Ini adalah kerana bahagian Gombak telah kehilangan dua kerusi DUN ke tangan pembangkang pada pilihanraya 1999 yang lepas dan menjadi matlamat Pemuda UMNO Gombak bersama pemimpin - pemimpin bahagian Gombak memastikan kedua - dua kerusi kembali ke tangan UMNO .
Beliau ditemui ketika hadir bagi merasmikan Program Bincang Petang anjuran Biro Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO Gombak . Program tersebut dihadiri oleh lebih kurang 60 orang ahli - ahli Pergerakan Pemuda UMNO Gombak .
ini merupakan Program Bincang Petang kali dua di anjurkan pada tahun ini. Program Bincang Petang merupakan sebuah program secara tidak formal perbincangan dan dialog yang lokasinya hanya di warung - warung kopi sekitar Bahagian Gombak .
Tujuan diadakan di warung - warung kopi adalah bertujuan membolehkan pemuda UMNO berinteraksi secara terus dengan masyarakat tempatan .Ini adalah kerana warung - warung kopi juga merupakan salah satu pusat masyarakat bertemu secara tidak formal .